Ekonomi

Bank Rakyat anjur aktiviti plogging dan pembersihan kawasan pantai

BANK RAKYAT meneruskan aktiviti kesukarelawanan menerusi program BaktiRAKYAT dengan menganjurkan aktiviti plogging dan pembersihan kawasan pantai di lima lokasi di sekitar negeri Terengganu baru-baru ini.

Antara lokasi yang terlibat bagi program ini adalah Pantai Panchakan, Kuala Besut, Pantai Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Pantai Angin Berbisik, Merchang, Pantai Tanjung Jara, Dungun dan Pantai Kuala Kemaman.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam usaha memelihara alam sekitar yang mana merupakan tanggungjawab Keluarga Malaysia.

Aktiviti plogging ini yang merupakan aktiviti joging dan memungut sampah melibatkan lebih 811 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja Bank Rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geng Plastik Ija (GPI) serta agensi kerajaan.

BaktiRAKYAT merupakan program kesukarelawanan yang bertunjangkan kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang mana memfokuskan aspek pembangunan komuniti, kesihatan, sosioekonomi dan khidmat sokongan.

Inisiatif ini juga seiring dengan aspirasi Rangka Tindakan Kelestarian yang dirangka menerusi pelan strategik Bank Rakyat 2025 (BR25) untuk meningkatkan nilai kerjasama, memupuk semangat berkumpulan, mengikis sikap pentingkan diri dan cakna kepada persekitaran budaya komuniti serta alam sekitar bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia.

Program menyeronokkan dan bermakna ini bukan sahaja mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan hijau, tetapi mampu mendorong masyarakat memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab. Aktiviti plogging dan pembersihan pantai di lima lokasi ini telah berjaya mengutip sampah berjumlah 3.68 tan keseluruhannya. – SM

Artikel berkaitan > Program kesukarelawanan BaktiRAKYAT 2022 komited bantu capai agenda kelestarian negara

(Visited 438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button