Dua hari berturut pemberian dos vaksin lebih 250,000
SEMALAM jumlah dos vaksin Covid-19 yang diberikan sekali lagi melebihi 250,000 untuk dua hari berturut-turut.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan sejumlah 252,773 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 174,448 dos pertama dan 78,325 dos kedua.
Sehingga semalam seramai 14.5% atau 4,749,133 orang rakyat Malaysia telah menerima dos pertama dan 1,805,367 telah mendapat kedua-dua dos suntikan.
Kuala Lumpur masih mendahului wilayah lain dengan 825,010 orang atau 46.5% penduduknya telah disuntik dengan dos pertama dan 8.9% atau 157,393 menerima dos kedua.
Sarawak kedua tertinggi dengan 27.5% atau 775,906 orang penduduknya menerima dos pertama dan 189,280 (6.3%) telah disuntik dengan dos kedua.
Ketiga tertinggi adalah Selangor dengan 731,294 orang (11.2%) telah mendapatkan dos pertama dan 237,662 (3.6%) telah menerima kedua-dua dos.
Diikuti oleh Johor dengan 404,218 orang (10.7%) menerima dos pertama dan 192,501 (6.1%) dos kedua.-SM