Uncategorized

Dr Malar Santhi terima RM10,000 & Anugerah Pekerja Contoh!

Penerima Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023, Dr Malar Santhi Santherasegapan, 40, menganggap anugerah yang diterima sebagai pemangkin semangat untuk terus berkongsi tips kesihatan berguna kepada rakyat di negara ini.

Beliau yang juga doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor, berkata, beliau menganggap ‘tugas’ itu sebagai tanggungjawab sosialnya kepada rakyat khususnya dalam berkongsi tips kesihatan.

“Saya mahu terus berkongsi maklumat kesihatan kepada orang ramai dengan cara paling mudah, santai dan senang difahami menerusi media sosial.

“Kalau boleh saya nak kurangkan kesesakan di hospital dengan memberi ilmu serta tips kesihatan kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga pempengaruh media sosial dengan watak utama di sebalik ‘Celoteh Dr Malar’ itu melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan di atas penghargaan berkenaan.

“Saya juga berterima kasih kepada insan di sebalik Celoteh Dr Malar termasuk ibu bapa, suami serta dua pengurus,” katanya.

Celoteh Dr Malar mendapat sambutan di semua platform media sosial terutama di Facebook dan TikTok serta dikenali ramai di sejak Mac 2020 selepas beliau aktif berkongsi tips mengenai Covid-19 dan vaksin.

Lebih menarik, perkongsian itu disampaikan dalam bahasa Melayu sekali gus menarik perhatian semua golongan masyarakat di negara ini selain disampaikan dengan cara yang lebih mudah difahami.

Dr Malar berkata, tindakan itu diambil selepas beliau sedar rakyat dahagakan maklumat kesihatan dalam Bahasa Melayu dan cara penyampaian yang lebih mudah.

Menurutnya, ketika ini, beliau banyak terbabit dalam aktiviti seminar kesihatan dan latihan berkenaan menjaga kesihatan mental.

Katanya, bidang utama adalah berkaitan kesihatan mental, penyakit kronik, kanser, kencing manis, darah tinggi dan penjagaan kesihatan wanita.

Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu sebelum ini melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pengurusan Pentadbiran dalam bidang Pengurusan Penjagaan Kesihatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), serta boleh bertutur dalam bahasa Rusia kerana pernah belajar di Universiti Perubatan Krimea (CSMU), Ukraine.

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button