Nasional
Dr Mahathir solat Jumaat di Masjid Al-Hana
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hana, Kuah, Langkawi.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu tiba kira-kira 1.30 tengah hari.
Beliau kemudiannya mengikuti khutbah Jumaat disampaikan oleh Imam Masjid Al-Hana, Ustaz Noordin Osman.
Selesai solat, Dr Mahathir meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah.
Dr Mahathir kemudiannya bergerak untuk menyempurnakan acara pelepasan Peringkat 8 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di Dataran Lang, Kuah. – BERNAMA