Rencah Hidup

Dr Azizan memang mentor bisnes yang terbukti

MENTOR Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan seorang mentor bisnes yang terbukti telah melahirkan ramai usahawan berjaya.

Kenyataan itu dibuat pelakon, Norman Hakim yang sebelum ini pernah mendapatkan latihan dan bimbingan dalam program yang dianjurkan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) pada 2016 lagi.

“Saya mengikuti program RichWorks iaitu Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang mana mengajar banyak tentang aspek asas kehidupan malah soal kerohanian diri ini.

“Kemudian saya menyertai Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang mengajar tentang soal pemasaran dan penjenamaan sesebuah bisnes itu untuk berkembang,” katanya mengulas segelintir orang yang mempersoalkan Dr Azizan dikaitkan dengan scammer dan hanya jual air liur.

Terdahulu Norman dalam akaun Instagram @normanhakim_786 menghantar komen dalam hantaran @azizanosman_official yang mana Dr Azizan telah mengajarnya hingga berjaya mencapai jualan sampai jutaan ringgit.

Sila klik pada gambar untuk ke hantaran Instagram di atas.

Tambah Norman, sebelum ini beliau menjalankan kolaborasi dengan pihak lain namun ketika awal 2020, beliau dan isteri mengasaskan bisnes mereka berdua dengan berbekalkan ilmu Dr Azizan yang ada sebelum ini.

Saya suka kongsikan analogi ‘fitness‘ yang menjadi passion saya dengan bisnes di mana saya mencari guru yang terbaik untuk mendapatkan ‘rahsia’ dapatkan badan yang diimpikan.

“Daripada ambil masa tiga ke enam bulan untuk alami perubahan dengan bimbingan guru, saya ketahui cara lebih pantas capai contohnya ‘8 packs‘ dalam 8 minggu saja walau apa yang orang makan,” jelasnya lagi.

Norman Hakim

Begitulah seperti dalam bisnes, Norman memberitahu, usahawan yang komited pastinya mahukan guru yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang disasarkan termasuk membina bisnes berjaya.

“Kesimpulan yang saya boleh katakan, bila anda berguru barulah akan dapat hasil lebih cepat. Datuk Wira Dr Azizan Osman memang ada proven results,” katanya.

Semalam, salah seorang anak murid Dr Azizan, Asyraf Khalid juga bangkit bersuara untuk memperjelaskan tentang mentornya yang mana telah berjaya ubah bukan saja kehidupan malah transformasi bisnes Mutyara Beauty yang dijalankan bersama isterinya, Tya Arifin. – SM

Baca artikel ini > Definisi bisnes berjaya buat anda

(Visited 494 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button