Info

Datuk Seri Shamsul Azri bakal dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara

DATUK Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar,55, kini dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali yang akan tamat kontrak tidak lama lagi.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini, beliau mempunyai kelulusan ljazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat itu, akan berkuat kuasa mulai 12 Ogos.

Beliau juga menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya University of Cambridge, United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD).

‘’Mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam. Sebelum ini pernah bertugas di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Pentadbiran Kerajaan Negeri. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pengarah Unit

Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

‘’Kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaianperkhidmatan awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan jayanya.

Kerajaan terima keputusan PK Sungai Bakap – Anwar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button