Nasional

Darurat perlu dikuat kuasa dengan lebih tegas

KERANA terlalu ramai pihak mengkritik tindakan kerajaan menguatkuasakan Ordinan Darurat termasuklah cubaan mencabar titah Yang di-Pertuan Agong, oleh itu darurat perlu lebih ketat.

Cadangan itu disaran kerana matlamat darurat adalah untuk menolak segala tekanan politik ketika negara sedang berhadapan gelombang ketiga pandemik.

Namun, wujud sesetengah pihak termasuk Ahli Parlimen Pembangkang dikatakan terus berpolitik dan mahu mencapat penguatkuasaan Proklamasi Darurat.

Hal tersebut mencerminkan sikap ahli politi yang mana sekiranya tiada darurat dan hanya bergantung kepada gencatan politik, perkara itu tidak akan berlaku.

“Lihatlah juga, sudah diisytihar darurat pun masih sibuk politicking merebut kuasa. Ini bukti darurat adalah perlu dan malah dikuatkuasakan dengan lebih tegas lagi.”

Demkian kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya, yang menyelar tindakan seglintir pihak yang berterusan berpolitik sehingga hari ini.

Sedangkan rakyat Malaysia sedang bimbang dengan kes baharu Koronavirus (Covid-19) yang masih tinggi malah, dua hari lepas juga kes baharu mencecah 4,000.

Namun, baru-baru ini juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekan kerajaan dengan mendakwa sudahpun menyiapkan pasukan peguam untuk mencabar Proklamasi Darurat.

Walau bagaimanapun, Aminuddin memberitahu, perkenan diberi oleh Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak boleh dipertikai mengikut Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan.

“Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan…

“Untuk pengetahuan kita semua, menurut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, jelas mengatakan bahawa pengisytiharaan darurat adalah atas kepuashatian Agong.

“Yang bermakna Agong boleh menolak nasihat Perdana Menteri sebagaimana yang pernah dibuat pada tahun lalu. Ini bermakna segala persepsi yang dicipta seolah-olah Agong mengikut nasihat Perdana Menteri bulat-bulat adalah tidak berasas dan berniat jahat.

“Malah, pengisytiharaan darurat adalah muktamad dan tidak boleh dicabar menurut Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Malah, beliau juga berasa yakin bahawa Agong sudahpun membuat keputusan berdasarkan pelbagai pertimbangan dan tidak dilakukan secara membuta-tuli.

“Saya yakin, keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Agong bukanlah semberono kerana pasti ada banyak pertimbangan yang diambilkira. Kata mereka, kononnya cukup dengan ‘gencatan politik’ sahaja untuk mengawal ketidakstabilan politik di negara kita.

“Tetapi, lihatlah berapa banyak ‘gencatan politik’ yang telah dibuat dan akhirnya hanya menjadi sandiwara sahaja,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button