Nasional

Kes baharu Covid, kematian kurang berbanding semalam

KES baharu berkurangan berbanding semalam termasuk di beberapa negeri termasuk Selangor.

Menurut Kementerian Kesihatan, keseluruhan kes baharu yang dilaporkan hari ini berjumlah 3,306 kes berbanding semalam 3,339 kes.

Kes baharu hari ini melibatkan 2,292 penduduk tempatan dan 1,032 warga asing dengan 15 kes merupakan jangkitan luar negara.

Bilangan kematian yang dilaporkan hari ini sebanyak empat kes berbanding semalam tujuh kematian direkodkan.

Sementara itu jumlah pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi juga berkurangan daripada 240 orang semalam kepada 226 orang hari ini.

Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada seorang iaitu 94 pesakit berbanding 93 orang semalam.

Selangor masih menjadi negeri tertinggi mencatatkan bilangan kes baharu iaitu 1,213 kes berkurangan daripada semalam sebanyak 1,314.

Sabah kedua tertinggi iaitu dengan mencatatkan peningkatan 432 kes berbanding semalam 393 kes.

Diikuti Johor sebanyak 329 kes baharu berbanding semalam 362 kes dan  Kuala Lumpur 250 kes yang menyaksikan pengurangan berbanding semalam 334.

Negeri yang mencatatkan peningkatan:

Melaka 156 (semalam 60)

Kelantan 150 (semalam 114)

Pulau Pinang (semalam 120)

Kedah 142 (semalam 96)

Perak 114 (semalam 107)

Sarawak 100 (semalam 62)

Pahang 84 (semalam 61)

Perlis 16 (semalam 13)

Negeri yang mencatatkan penurunan:

Negeri Sembilan 126 (semalam 236)

Terengganu 20 (semalam 22)

Putrajaya 15 (semalam 23)

Labuan 14 (semalam 22).-SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button