Politik

Cubaan turunkan kerajaan PH satu pengkhianatan – Anwar Ibrahim

PERKEMBANGAN terbaru politik tanah air yang mungkin menyaksi penubuhan kerajaan pakatan yang baharu merupakan satu pengkhianatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, walaupun tiada apa-apa pengumuman malam tadi tetapi ada sesuatu akan berlaku hari ini.

“Sekarang kita sedang menunggu maklumat lanjut tetapi ada cubaan untuk menurunkan kerajaan Pakatan yang melibatkan bekas sahabat kita Bersatu dan sebahagian kecil daripada PKR yang telah mengkhianati kita.

“Mereka telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong petang ini tetapi tidak ada lagi pengumuman,” kata Anwar ketika menjawab pertanyaan selepas menyampaikan khutbah semasa acara agama di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi.

“Persoalan mengenai kerajaan baru … Saya belum menerima maklumat lengkap,” kata Presiden PKR itu dalam khutbah yang disiarkan secara langsung di laman Facebook PKR.

Malam tadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengadakan pertemuan dengan kira-kira 138 ahli parlimen yang dikaitkan dengan pembentukan pakatan baharu yang akan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Gerakan ke arah pembentukan pakatan baharu bermula dengan mesyuarat mesyuarat kepimpinan parti Bersatu  selama empat jam.

Ahli parlimen dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula bertemu pada sebelah petang ini di Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Majlis Tertinggi Umno juga mengadakan pertemuan di ibu pejabat parti itu.

Kemudian, pada sebelah petang, pemimpin yang mewakili enam parti  telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Parti terbabit ialag UMNO, Bersatu, PKR dari kem Azmin, dan Warisan.

Pemimpin yang hadir ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Openg; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

BERITA BERKAITAN: Kesemua ahli parlimen hadir jamuan makan malam Azmin nyata sokongan kepada Tun M

BERITA BERKAITAN: Kronologi kekecohan politik negara hari ini

Malam tadi dikatakan sekitar 138 ahli parlimen hadir pada jamuan makan malam di Hotel Sheraton, Petaling Jaya dan semunya yang membabitkan parti kerajaan dan pembangkang menyatakan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membentuk kerajaan baharu.

Difahamkan Dr. Mahathir tidak hadir pada jamuan makan malam itu yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu para pemimpin berkenaan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi mendapat sokongan majoriti wakil rakyat. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button