fbpx
Luar Negara

Covid-19: Thailand perketat kawalan sempadan cegah gelombang baharu

THAILAND memperketat penguatkuasaannya di sempadan – darat dan perairan – untuk mengekang kemasukan pekerja asing berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan gelombang kedua jangkitan COVID-19.

Ketua Biro Imigresen (IB) Pol Lt Jeneral Sompong Chingduang berkata terdapat peningkatan permintaan untuk pekerja migran ketika situasi COVID-19 bertambah baik dan kegiatan perniagaan kembali di negara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata semua pintu masuk tetap ditutup untuk pelancong dan pekerja migran, mendorong beberapa pekerja migran menyelinap ke negara itu dan menghindari tempoh 14 hari kuarantin di pusat kemudahan disediakan.

“Sebelum ini, bayaran ejen untuk pekerja migran melintasi sempadan antara 1,000 baht (RM134) hingga 2,000 baht (RM268). Kini, ia melonjak hingga 10,000 baht (RM1,344) ketika pintu masuk terus ditutup,” katanya.

Beliau menambah pihak berkuasa keselamatan menangkap lebih 3,000 pekerja migran yang cuba menyelinap masuk ke negara itu sejak bulan lalu.

Sompong mendesak majikan supaya menggunakan pekerja migran yang memiliki dokumen untuk mengekang penyebaran COVID-19 di dalam negara.

“Kita harus melindungi rakyat dan negara (daripada COVID-19). Kita mesti mencegah gelombang kedua wabak COVID-19 di Thailand dan memastikan jangkitan tempatan sifar,” katanya. – BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button