Nasional

PM dikuarantin selepas pegawai hadir mesyuarat positif Covid-19

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin akan menjalani kuarantin selama 14 hari berikutan seorang pegawai yang hadir mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri Rabu lalu disahkan positif Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Muhyiddin telah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

“Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” kata kenyataan tersebut.

Semua yang menghadiri mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button