NasionalNegeri

Covid-19: Kes di Sabah dijangka terus meningkat

KEBIMBANGAN rakyat Sabah masih jauh untuk berakhir apabila 11,000 sampel ujian Koronavirus (Covid-19) masih belum diketahui lagi.

Jumlah tersebut adalah daripada 18,000 sampel yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,000 sampel sudahpun diketahui keputusannya sementara bakinya akan diketahui tidak lama lagi.

Hal demikian menyebabkan, Kerajaan Negeri Sabah menjangkakan kes di sana akan terus meningkat namun tidak dinyatakan sama ada ia terus mencatatkan jumlah tertinggi antara negeri.

“Ini bermakna, 7,000 sampel ujian telah diperoleh dan ini sebabnya bilangan kes tinggi kerana kes baharu bercampur dengan sampel tertangguh sedia ada.

“Dengan sampel yang tertangguh masih ada 11,000 sampel ujian.

“Kita mengandaikan jumlah kes akan terus tinggi dalam beberapa hari.”

Demikian kata Menteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam sidang akhbar di Wisma Innoprise, hari ini.

Tambah beliau, keputusan sampel yang tertangguh itu adalah ujian yang dikumpulkan sejak awal Oktober lalu.

Justeru, kes Sabah dimaklumkan beliau akan terus meningkat apabila keputusan sampel ujian tersebut diperoleh.

Menurutnya, sekarang ujian saringan menggunakan Rapid Test Kid (RPK) berbanding ujian PCR kerana keputusan yang diperoleh lebih pantas.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan sebanyak 702 kes baharu direkodkan di Sabah menjadikan negeri itu kekal mencatat kes tertinggi sejak pandemik itu memasuki gelombang ketiga.

Peningkatan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 7,439 orang dan kes aktif dengan potensi menjangkiti adalah sebanyak 4,650.

Daripada jumlah tersebut sebanyak enam kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban di Sabah sebanyak 61 orang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button