fbpx
Nasional

Coronavirus: tiga pesakit dibenar pulang

TIGA pesakit positif dijangkiti Novel Coronavirus (2019-nCov) pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad ketiga-tiga pesakit tersebut diberikan rawatan simptomatik dan antiviral sebelum dibenarkan pulang.

Beliau berkata, ujian terakhir terhadap pesakit itu menunjukkan tanda negatif jangkitan virus itu sebanyak dua kali berturut-turut.

“Ini adalah berita gembira untuk semua, dua daripada pesakit diberi rawatan simptomatik dan seorang pula dirawat dengan antiviral Kaletra,” katanya.

[BACA ARTIKEL] Coronavirus: Lebih ramai pesakit pulih — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Kanak-kanak China sembuh daripada coronavirus di Langkawi — Suara Merdeka


Beiau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan terdapat kes Coronavirus terbaharu dimaklumkan kepada KKM.

Pesakit berkenaan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Kes ke-18 itu dimaklumkan pada awal tadi dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Dalam masa sama, pengesanan kontak dijalankan dan mengesan 22 kontak rapat iaitu tiga daripada ahli keluarga dan 19 anggota kesihatan,” jelasnya.

Tambah Dzulkefly, pengesanan kontak adalah sebagai salah satu cara untuk mengekang penularan wabak Coronavirus daripada terus merebak.

“Ia salah satu aktiviti pencegahan dan kawalan yang dijalankan bagi memastikan penularan penyakit berjangkit dapat dibendung.

“Kontak-kontak rapat yang dikesan terdiri daripada mereka yang berhubung rapat dengan kes disahkan positif dalam lingkungan satu meter tanpa memakai Personal Protective Equipment (PPE),” ujarnya.

[BACA ARTIKEL] Coronavirus: lebih 800 mati di China — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Coronavirus: Singapura catat tujuh kes baharu — Suara Merdeka

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam yang memerlukan penerangan mengenai penyakit tersebut  mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi hotline CPRC Kebangsaan.

Singapura

Semalam, Suara Merdeka melaporkan Singapura catat tujuh kes terbaharu dua daripadanya melibatkan perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi dan kereta sewa persendirian.

Selain itu, seorang penjaga kedai Farmasi turut dijangkiti selepas dilapor berhurusan dengan pelancong dari China yang singgah di premisnya.

Peningkatan tersebut menjadikan keseluruhan 40 kes jangkitan di negara republik itu sehingga Sabtu 8 Februari 2020. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button