Hiburan

Cinta ditolak wanita celik, Fendy Caliph Buskers bikin lagu

MINGGU lalu, pemain dram kumpulan Caliph Busker iaitu Fendi mengeluarkan single terbaharunya berjudul Mengharapkan Mu.

Ramai yang beranggapan bahawa lagu tersebut ditujukan buat bekas isteri Fendi yang juga ahli Caliph Busker iaitu Nur Nadira Rubiana.

Namun, Fendi menafikan perkara tersebut dan memberitahu bahawa single terbaharunya itu langsung tidak ada kena mengena dengan bekas isterinya.

“Saya tahu ada netizen mengaitkan lagu tersebut dengan bekas isteri. Ada yang kata saya kembali mengharapkan cintanya semula dan macam-macam hal lain. Tapi semua itu hanyalah persepsi mereka semata-mata.

BACA> Keith Foo bercerai dengan model Kim Raymond

“Janganlah mengaitkan apa-apa dengan bekas isteri. Dia pun sudah ada kehidupan tersendiri dan mungkin juga sudah bertemu dengan orang lain. Tak manis untuk terus mengaitkan kami lagi.

“Mereka boleh mengatakan apa sahaja tetapi yang tahu kebenarannya tetap saya juga. Lagu ini tidak ada kaitan sama sekali dengan bekas isteri. Ini adalah luahan hati saya terhadap seseorang,” kata Fendy kepada Suara Merdeka.

Untuk rekod, rumah tangga yang dibina Fendy bersama pemain perkusi Caliph Buskers, Nur Nadira berakhir pada tahun 2017.

Namun penceraian mereka hanya didedahkan awal tahun ini dan sepanjang perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Azalea Zafirah, 5 tahun.

Menurut Fendy, lagu itu sebenarnya merupakan luahan isi hatinya kepada seorang yang baru dikenalinya pada tahun lalu dan sudah pun terputus.

BACA> Pernah dituduh malas, peminat wujudkan #ApologizeToJennie

Bercerita mengenai hubungan terbaharunya yang sudahpun putus itu, Fendy menganggap pertemuannya bersama wanita itu pada waktu yang salah.

“Pada awalnya saya gembira kerana ada wanita celik yang mahukan lelaki buta seperti saya.

Tapi apa kan daya, tiada jodoh antara kami. Kerana patah hati itu jugalah yang membuatkan saya menghasilkan lagu ini. Ini luahan perasaan yang tak kesampaian,” jelasnya.

Mengharapkan Mu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Fenelea boleh ditonton melalui saluran YouTube INDIGITAL MUSIC. -SM

(Visited 531 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button