Nasional

Bukankah menghina mahkamah?

BUKANKAH suatu perbuatan menghina mahkamah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sembilan set rakaman percakapan didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi termasuk klip audio berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah susulan sidang media khas oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya hari ini.

“Hari ini kita lihat suatu permainan politik yang amat merosakkan sebuah badan bebas negara, SPRM dijadikan alat politik.

“Sebentar tadi SPRM telah dedah rakaman audio semasa sidang media mendakwa konspirasi jenayah tertinggi dikatakan suara Datuk Seri Najib dan beberapa individu.

“Bukankah kes ini masih berjalan di mahkamah? Bukankah ini perbuatan menghina mahkamah oleh SPRM,” kata Armand Azha dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang berkata, sebagai sebuah badan bebas kerajaan, SPRM sepatutnya hanya mengadakan sidang media untuk menjelaskan bahawa rakaman audio tersebut sepatutnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dibuat siasatan.

“Paling real bagi saya, rakaman suara laju saja kata kenal pasti, rakaman video di ‘Sandakan aka Semburit’ sampai sekarang tidak boleh selesai, sedangkan terang-terang beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah pergi ke luar negara untuk dapatkan laporan forensik tak sampai satu minggu.

“Rakaman pula dikatakan dapat daripada pihak yang tidak dikenali dan tak pasti siapa. Kenapa tak persoalkan siapa yang buat rakaman tersebut? Macam mana lah SPRM boleh buat kerja terdesak ini. Buat sidang media terus dedah, sepatutnya serah pada PDRM, di mana integriti SPRM dalam isu ini.

“Ini semua bagi saya adalah untuk jatuhkan momentum Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Kimanis. Satu ‘game plan’ yang busuk ciptaan rejim pakatan.,” kata Armand Azha.

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button