Politik

Belia terima impak segera pakej rangsangan

PAKEJ rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, berupaya meningkatkan impak segera terutamanya untuk golongan belia.

Perkara itu diakui oleh Angkatanb Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) insentif internet percuma, wang saku dan langganan Iflix percuma telah membantu kesinambungan hidup mereka diteruskan.

“COVID-19 boleh menyerang sesiapa sahaja termasuklah golongan muda.

“Sangat sukar untuk menganggarkan kesan terhadap kewangan (perniagaan) mereka. Tempoh pengangguran yang berpanjangan, tekanan kerja serta bebanan hutang yang jelas membuatkan anak-anak muda bergelut dengan kemurungan.

“Justeru menerusi pakej rangsangan ini, golongan muda perlu lebih berdaya tahan terhadap masalah (wabak) ini,” kata Exconya, Muzzammil Ismail berkata kepada SUARA MERDEKA hari ini.

Menurut Muzzammil, sejak wabak COVID-19 serius melanda negara, Perdana Menteri telah mengeluarkan pelbagai insentif fiskal dan bukan fiskal untuk membantu industri.

“Kami (Armada) dapati sebahagian besar netizen kelihatan sangat gembira dengan insentif pakej rangsangan yang bertujuan untuk melindungi ekonomi isi rumah dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya dalam perniagaan,” kata beliau.

BACA:

Melalui Pakej Rangsangan Ekonoi Prihatin Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri semalam, golongan belia tidak dipinggirkan apabila kerajaan memperuntukkan bantuan RM800 kepada tiga juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

Para pelajar institusi pengajian tinggi akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.

Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.

Kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjam selama 6 bulan
melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta.

Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh yang sama kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020, dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta.

Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 orang peminjam.-SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button