Ekonomi

Bank Rakyat lancar produk pembiayaan Sewa Beli Komersial-i

BANK RAKYAT hari ini melancarkan produk pembiayaan baharu yang dikenali sebagai pembiayaan Sewa Beli Komersial-i. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat. Majlis turut dihadiri oleh Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat yang diketuai oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Mohammad Hanis Osman.

 

Pembiayaan Sewa Beli Komersial-i merupakan produk pembiayaan yang diperkenalkan bagi memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), koperasi, korporat dan badan kerajaan termasuk kerajaan termasuk kerajaan negeri dan majlis berkuasa tempatan, serta agensi dan juga anak syarikatnya untuk mendapatkan kenderaan komersial atau peralatan baharu.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat

Di samping itu, penawaran produk ini membuktikan komitment dan keprihatinan Bank Rakyat terhadap perusahaan kecik dan sederhana (PKS), koperasi dan institusi lain yang terjejas pendapatan perniagaan mereka selain mengalami masalah kewangan oleh kerana tidak dapat beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan Covid-19.

 

Bank Rakyat memperuntukkan sebanyak RM350 juta bagi menyokong pertumbuhan industri kenderaan komersial untuk membangunkan dan mengembangkan perniagaan mereka sekali gus mampu mewujudkan persaingan dalam pasaran dan merancakkan ekonomi negara dalam menyediakan produk yang kompetitif dan menarik. 

 

Baca artikel ini > Bank Rakyat tambah baik ciri platform digital QR2E

 

Selain itu, produk pembiayaan ini menawarkan margin pembiayaan, tempoh dan kadar keuntungan yang kompetitif manakala caj e-Hak milik dan bayaran pos pula ditanggung oleh pihak bank. Usahawan yang berkelayakan boleh memohon untuk tujuan persendirian atau perniagaan.

 

Kadar keuntungan yang ditawarkan adalah serendah 2.50% kadar rata setahun manakala margin pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga 90% bagi Akta Barangan, Akta Bukan Barangan dan pra-pendaftaran serta 75% bagi peralatan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar 

Menurut YB Tan Sri Noh, pengenalan produk baharu ini merupakan satu inisiatif yang amat dialu-alukan kerana ia adalah bertepatan dengan komitmen KUSKOP dalam membantu golongan usahawan meliputi pelbagai sektor dan industri termasuk kenderaan komersial.

 

“Saban tahun, saya melihat banyak inovasi dan pembaharuan yang telah dilaksanakan Bank Rakyat dalam menjalankan mandat yang telah dipertanggungjawabkan untuk memperkasa kesejahteraan ekonomi anggota dan palanggannya,” tambah YB Tan Sri Noh.

 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman berkata Bank Rakyat akan terus mengembleng tenaga bagi mendepani cabaran pendemik Covid-19, seterusnya membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), koperasi dan institusi lain yang merupakan tonggak kepada kestabilan sosioekonomi negara, sekali gus memperkukuhkan ‘Keluarga Usahawan’.

 

“Semoga usaha ini dapat memberi kelegaan dan solusi kepada usahawan PKS, koperasi dan institusi lain untuk meneruskan peniagaan mereka serta menjadikan perusahaan mereka lebih progresif, komprehensif dan bersepadu.

 

Tan Sri Noh bin Haji Omar menerima cenderahati dari wakil pempamer sebentar tadi.

“Bank Rakyat akan terus menafaatkan potensi yang boleh diterokai dengan mempelbagaikan peniagaan daripada runcit kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi bagi mewujudkan nilai jangka panjang kepada anggota, pelanggan dan komuniti,” tambah Dr. Muhammad Hanis.

 

Pelanggan yang berminat boleh membuat permohonan menerusi empat saluran iaitu mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan, menghubungi Pusat Panggilan telew-Rakyat di talian 1-300-80-5454, mengunjungi Pusat Perniagaan PKS dan Koperasi (SMEC); atau melayari laman web rasmi Bank Rakyat. – SM

 

Untuk info lanjut berkenaan Pembiayaan Sewa Beli Komersial-i Bank Rakyat, sila klik pada gambar di atas.
(Visited 781 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button