Nasional

Dua juta kenderaan penuhi trafik menjelang Aidilfitri

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik meningkat 25 peratus kepada dua juta kenderaan bermula 29 April hingga 9 Mei, sempena Aidilfitri nanti.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata jumlah tersebut meningkat berbanding 1.6 juta sehari ketika ini.

Tambahan, beliau juga meminta orang ramai untuk merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam perjalanan ke destinasi.

“Pasukan Operasi Lebuhraya kami juga telah bersiap-siaga dan bersedia membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, PLUS akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh terdekat.

“Ia membabitkan pendekatan holistik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai. Pelan persediaan operasi lebuh raya akan diumumkan kemudian” katanya. – Berita Harian – SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button