Luar Negara

AS perkukuh pengaruh di Asia beri tekanan kepada China

AMERIKA Syarikat (AS) memperkukuhkan pengaruhnya di rantau Asia menjelang Pilihan Raya Presiden negara itu pada 3 November ini.

Setiausaha negara itu, Mike Pompeo dilapor mengadakan lawatan di beberapa negara seperti India, Sri Lanka, Maldives dan Indonesia dalam usaha mengembangkan pengaruh anti-China.

Malah, Pompeo dilapor mengadakan lawatan saat akhir ke Vietnam yang tiada dalam jadual asal perjalanan beliau sebelum ini.

Hal demikian ekoran kebimbangan AS terhadap dasar China khususnya di rantau Asia Tenggara termasuk hal berkaitan tuntutan maritm Beijing terhadap Laut China Selatan.

Tuntutan itu juga memberi impak terhadap kegiatan di Sungai Mekong yang melintasi sebagian besar daratan Asia Tenggara dan merupakan saluran kehidupan serantau.

Selain itu, lawatan Pompeo ke Vietnam juga mempunyai kaitan dengan perjanjian China dengan negara-negara di sepanjang Sungai Mekong dikatakan diingkari berikutan tuntutan ke atas Laut China Selatan.

“Tindakan berniat jahat dan menggugat kestabilan beberapa wilayah di Mekong termasuk cubaan memanipulasi aliran Sungai Mekong.

“Hal tersebut akan memberi kesan negatif kepada berjuta-juta orang yang bergantung pada sungai sebagai mata pencarian mereka.”

Kata satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Jabatan Luar Negeri AS berhubung tindakan China.

AS mendakwa bersekutu dengan rakannya di Indo-Pasifik untuk melindungi hak kedaulatan dan perairan di Laut China Selatan berdasarkan undang-undang antarabangsa.

“AS menolak tuntutan maritim China ke perairan yang mengelilingi Vanguard Bank dekat perairan berhampiran pantai Vietnam.

“Kami akan menentang segala usaha yang bertujuan untuk melemahkan pertahanan maritim berdasarkan undang-undang di Laut China Selatan atau di tempat lain,” kata kenyataan itu lagi.

Malah tekanan ke atas China dikuatkan lagi dengan pengumuman Pompeo untuk membuka kedutaan di Maldives sebagai usaha menyekat pengaruh China di wilayah Indo-Pasifik. – SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button