Nasional

77% katil untuk pesakit Covid-19 di hospital Sabah telah digunakan

Sebanyak 77% atau 773 katil daripada 1007 katil yang disediakan untuk pesakit Covid-19 di 9 buah hospital di Sabah telah digunakan sehingga semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sebanyak 43% atau 3148 katil daripada 7368 katil di 28 pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah Covid-19 di negeri itu turut telah digunakan.

Jelas beliau, 63% atau 97 katil dari 153 katil di unit rawatan rapi di negeri itu juga telah diisi oleh pesakit Covid-19.

Sementara 65% atau 86 katil dari 133 katil di unit rawatan rapi bagi pesakit disyaki Covid-19 turut telah digunakan.

Manakala penggunaan mesin alat bantuan pernafasan masih rendah iaitu 28% atau 54 daripada 193 buah mesin.

Dan 11% atau 22 mesin alat bantuan pernafasan dari 193 alat telah digunakan oleh bagi pesakit disyaki Covid-19 di Sabah.

Secara keselurhan terdapat 46 buah hospital dan 60 pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah Covid-19 di seluruh negara.

Menurut Dr. Noor Hisham 54% dari 3825 katil untuk pesakit Covid-19 di hospital di seluruh negara telah digunakan.

Manakala 36% dari 12,235 katil untuk pesakit disyaki Covid-19 telah digunakan di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah Covid-19 di seluruh negara.

Kadar pengunaan katil icu di semua hospital di seluruh negara ketika ini adalah 53 peratus daripada 920 katil yang disediakan.-SM

 

 

(Visited 812 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button