Auto Travel

Aprilia Tuono 660 telah dilancarkan di Malaysia

Perlancaran sebuah lagi model dari jenama Aprilia sama seperti RS 660, iaitu jentera lebih santai tetapi agresif dan nampak lasak iaitu Aprilia Tuono 660 yang terbaharu ia juga menggunakan konsep inovatif fairing berganda dengan fungsi lampiran aerodinamik, dari penyelidikan di terowong angin, serta unit lampu LED triple yang menampilkan lampu DRL.

Tuono 660 mempunyai struktur luar biasa yang dibuat dengan rangka yang lebih ringan yang terhasil dari bingkai dan swingarm, kedua-duanya dari aluminium die-cast. Dengan berat sekitar 183kg, ianya agak mudah dikendalikan terutama dijalanraya sesak dan paling menarik di selekoh, sudah tentu ia lebih mencengkam!

Kuasa yang dihasilkan adalah sebanyak 95hp berbanding dengan 100hp untuk 660RS.Sistem penggantungan Kayaba yang boleh disesuaikan mempunyai khusus persediaan.Dengan seni bina casis membezakan Tuono 660 dari RS, memanfaatkan kawalan penuh, responsif dan pengendalian lincah.

Enjin yang digunakan sebagai elemen utama dan menyumbang untuk rekabentuk yang lebih kompak, ringan. Silinder berkembar menghadap ke hadapan generasi terbaru, kecil dan ringan, adalah dari pengalaman yang diperoleh pada Aprilia V4 yang terdahulu, di mana asas pembinaannya dan konsep teknikal direka.

Elektroniknya adalah yang terbaik, lebih maju daripada pelbagai motosikal di dalam kelas superbike, pemecut elektronik Ride-byWire menyediakan pengurusan yang terbaik bagi rangkaian kawalan elektronik APRC,” multi-level traction control, anti-wheelie control, cruise control, engine brake” dan “selectable engine maps”, juga disertakan dengan sistem ABS.

Untuk menguruskan semua kawalan elektronik dengan mudah melalui instrumen TFT berwarna yang menarik, Aprilia Tuono juga telah menyesuaikan lima Mod Riding (tiga khusus) untuk menunggang jalan dan dua untuk trek) penunggang hanya perlu memilih pilihan yang paling sesuai untuknya atau gaya menunggangnya, selalu meninggalkan kemungkinan untuk menyesuaikannya.

Tuono 660 kini boleh didapati di Concept Black dengan harga jualan bermula dari RM 77,900. – SM

Kredit : EnjinDotCom

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button