Nasional

Apa juga keputusan, saya letak jawatan selepas APEC – Dr Mahathir

“APA juga keputusan (mesyuarat Majlis Presiden PH) yang dibuat, saya akan letak jawatan selepas APEC nanti.”

Itu penegasan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai mesyuarat itu Jumaat ini yang dikatakan akan membincangkan isu peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata, beliau juag tidak tahu sama ada isu peralihan kuasa akan dibincangkan atau tidak pada mesyuarat itu.

Tetapi katanya, beliau sedia melepaskan jawatan itu pada bila-bila masa.

“Tak tahulah (peralihan kuasa akan dibincangkan atau tidak).

Related Articles

“Tapi seperti yang saya kata sebelum ini, saya bersedia bila-bila masa hendak suruh saya letak jawatan, saya letak jawatan. Itu janji saya, saya akan letak jawatan,” katanya pada pada sidang media selepas melancarkan Bulan Anti Dadah Kebangsaan 2020 di Putrajaya, hari ini.

Majlis Presiden PH dikatakan akan bermesyuarat Jumaat ini yang antara lain agendanya ialah untuk meminta Dr. Mahathir segera melepaskan jawatan itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali terakhir majlis itu bermesyuarat ialah pada pada November tahun lalu.

Dr. Mahathir ketika mengulas mengenainya, bagaimanapun hanya mengulangi janjinya untuk berundur selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) 2020 yang akan diadakan November tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan beberapa ahli PKR, Amanah, GPS sokong pakatan baharu tidak benar

ARTIKEL BERKAITAN:Buktikan Anwar dapat sokongan majoriti Dewan Rakyat terlebih dahulu

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar…sesekali tolehlah sejarah

Anwar dalam kenyataan sebelum ini menyatakan Majlis Presiden PH akan bermesyuarat pada 21 Februari ini untuk memuktamadkan mengenai peralihan kuasa tersebut.

Malah Anwar mengakui terdapat percanggahan pandangan mengenainya tetapi yang penting adalah persetujuan yang telah dicapai dalam PH.

“Kita selesaikan secara baik. Proses transisi ini untuk kebaikan (dibuat secara) aman dan teratur,” katanya sambil berharap tiada lagi desakan dibuat ke atas Mahathir agar meletakkan jawatan lebih cepat.

Isu berkenaan peralihan kuasa terus diperkatakan terutama apabila wujud khabar angin mengatakan 138 ahli parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri hingga habis penggal.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa sekumpulan anggota parlimen pembangkang dan PH berpakat menandatangani Akuan Berkanun (SD) untuk menyokong Dr Mahathir dikekalkan sebagai perdana menteri.

Pada masa sama PAS menyatakan hasrat membawa usul ‘undi percaya’ pada Dr Mahathir pada sidang Dewan Rakyat akan datang, dijadual berlangsung bulan depan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button