Nasional

TH lupuskan rangkaian hotel kerana tidak menguntungkan

TABUNG Haji (TH) perlu melupuskan rangkaian hotel TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) kepada anak syarikat milik Kementerian Kewangan kerana ia tidak menguntungkan agensi itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebab itu TH perlu bertindak demikian kerana hartanah terbabit tidak memberikan pulangan.

“Ada beberapa hartanah yang tidak beri keuntungan. Maka mereka perlu melupuskannya.

“Namun, ada beberapa cara lain untuk melabur duit berkenaan supaya memberi pulangan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 di Putrajaya, hari ini.

TH hari ini mengumumkan operasi empat rangkaian hotel miliknya dipindah milik kepada anak syarikat Kementerian Kewangan, iaitu, Urusharta Jamaah Property Management Sdn Bhd (UJPM) mulai April.

Pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM itu merupakan sebahagian daripada pelan pemulihan semula dan penstrukturan institusi tersebut.

Menurut TH, langkah itu bagi memenuhi mandat yang diberikan untuk mengurangkan komitmen kerajaan.

Empat hotel THHR yang terlibat adalah di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu.

TH menjelaskan semua hotel itu akan dikenali dengan Raia Hotel dan kekal dengan dengan konsep patuh syariah.

Hartanah terbabit adalah sebahagian daripada pemindahan aset 29 aset hartanah TH,  yang mempunyai nilai semasa sebanyak RM9.63 bilion pada hari pemindahan.

TH juga berkata tiada kakitangan akan diberhentikan kerja. Bagaimanapun 10 peratus pekerjanya akan diserap oleh hotel TH di Kelana Jaya, Petaling Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN:Empat rangkaian hotel TH ditutup, TH nak lingkup? tanya Najib

Penubuhan UJPM ini merupakan salah satu langkah untuk memastikan kesinambungan pekerjaan serta operasi hotel memandangkan aset-aset hotel di bawah milikan TH telah berpindah milik kepada UJ pada Disember 2018 tanpa berlakunya perpindahan pengurusan dan kakitangan hotel,” kata kenyataan akhbar.

Operasi hotel di bawah pengurusan baharu ini akan beroperasi seperti sedia kala dan kekal sebagai hotel patuh syariah dengan nama baharu iaitu Raia Hotel mulai 1 April 2020.

UJPM juga, menurut TH, telah menyediakan dana bagi menambahbaik kemudahan dan fasiliti hotel untuk memberi manfaat kepada pengunjung.

“UJ juga ingin meyakinkan orang ramai bahawa hotel-hotel ini boleh digunakan seperti mana yang telah dipraktikkan dulu semasa musim operasi haji,” jelas TH.

Menerusi kenyataan akhbar itu juga turut memaklumkan, tiada kakitangan THHR akan diberhentikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat hotel THH di bawah UJPM: 90 peratus staf tidak dibuang

Ini bermakna 90 peratus daripada kakitangan THHR akan terus bekerja di rangkaian Raia Hotel manakala 10 peratus kakitangan hotel akan diserap oleh THHR Kelana Jaya.

Sebanyak 90 peratuskakitangan yang terlibat juga akan menerima saguhati berdasarkan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di THHR.

“TH akan sentiasa menjaga kebajikan kakitangan yang terlibat demi kelangsungan karier mereka di masa hadapan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Penjualan aset TH: Tubuh suruhanjaya siasatan diraja, gesa SPRM siasat

Pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Semula dan Penstrukturan TH.

Langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini daripada THHR adalah langkah- yang perlu diambil oleh UJ bagi memenuhi mandat yang telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen kerajaan.

“UJPM memainkan peranan penting untuk memastikan objektif ini tercapai dan akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan nilai asset-aset di bawah portfolio UJPM.

“Sejajar itu, TH dan UJPm berharap rakyat Malaysia akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pihak pengurusan baharu yang akan menjadi operator di empat hotel tersebut,” ujar kenyataan tersebut.

Ini kerana, dari segi asasnya, pihak UJPm akan meningkatkan imej keempat-empat hotel berkenaan dari segi penjenamaan semula, menaik-taraf fasiliti dan mengoptimumkan tahap kecekapan. -SM

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button