NasionalPolitik

Annuar Musa kata beliau keliru dengan ucapan Mohamad Hasan

KETUA UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa beliau keliru dengan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, tidak pernah ketetapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) oleh parti dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Malah beliau menyifatkan ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO itu sebagai mengelirukan.

Katanya, isi kandungan ucapan Mohamad itu juga  sesuatu yang berat dan perlu diperjelaskan lebih terperinci.

“Semua ucapannya berat. Misalnya dia mengeluarkan kenyataan menyatakan prestasi UMNO dalam kerajaan tidak memuaskan. Itu berat.

“Kalau saya, saya mahu tahu lagi, apa yang dikatakan prestasi UMNO dalam kerajaan tidak memuaskan. Berdasarkan kepada apa, faktanya apa? Dan portfolio mana yang UMNO pegang yang dirasakan di bawah par? Maka saya kata itu pandangan Tok Mat sebagai orang yang berada di luar kerajaan. Dan layak untuk menyatakan pandangan.

“Selain itu, saya juga keliru ucapannya kerana beliau kata jangan tergesa-gesa, jangan berdiri terus berlunjur, tapi akhirnya dalam ucapan macam nak segera diadakan PRU-15. Jadi saya tidak berapa jelas di situ.

“Sebab tu saya kata pendekatan ucapan yang nak dilontarkan sesuatu untuk dibahaskan. Jadi bolehlah,” katanya kepada pemberita semasa hadir dalam Majlis Perasmian Sayap Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur malam ini.

Munurut  Annuar, tarikh PRU-15 sama ada cepat atau lambat perlu dibincangkan di pucuk pimpinan secara tertutup.

Malah katanya, tarikh itu wajar dikekalkan sebagai salah satu strategi parti dan bukan memberi pandangan secara terbuka. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button