Luar Negara

Gempa bumi kuat landa timur laut Jepun

DUA MAUT dan 92 cedera dalam satu kejadian gempa bumi di tujuh wilayah di timur laut Jepun, semalam.

Gempa bumi berskala 7.4 skala Ricther menggegarkan tujuh wilayah termasuk Miyagi dan Fukushima pada 37.7 darjah Utara dan 141.7 darjah timur dengan kedalaman 60 kilometer di bawah paras laut.

Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh pihak penguatkuasa tempatan kepada penduduk di Wilayah Miyagi dan Fukushima, dan penduduk tempatan digesa keluar dari kawasan tersebut bagi tujuan keselamatan.

Bagaiamanapun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. — Bernama — SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button