Rencah Hidup

Anak darjah 3 dapat surat cinta, ada lukisan tidur berdua atas katil

BARU berusia sembilan tahun sudah menerima surat cinta tetapi isi kandungannya agak melampau bukan seperti zaman dahulu yang berisi kata-kata semangat dan pantun ringkas.

Baru-baru ini tular di Tiktok sebuah video mengenai seorang ibu yang terkejut anak perempuannya menerima sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak lelaki di sekolahnya.

Pada mulanya, pengguna Tiktok, ammi.miazill_kaklong hanya menyangkakan isi kandungan surat tersebut biasa-biasa sahaja.

Namun, berderau hati seorang ibu apabila melihat terdapatnya lukisan mencurigakan dalam surat tersebut.

Apabila mengamati beberapa lukisan itu, ia seakan-akan lukisan orang sedang membuang air kecil dan lukisan dua orang sedang tidur bersama di atas katil.

Susulan itu, Ammi dan suaminya sepakat untuk melaporkan perkara itu kepada guru kelas.

“Jadi saya pun cepat-cepat laporkan kepada guru kelas anak. Harap cikgu dapat pantau dan nasihat budak itu.

“Saya juga minta cikgu beritahu kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit. Sebab kita tidak tahu apa yang dia nampak atau tengok di rumah,” katanya.

Menurut Ammi, anaknya dah didik mengenai batas pergaulan dari tadika lagi dan anaknya akan memberitahu kepadanya jika apa perkara pelik yang berlaku.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat bahawa perkara itu bukan satu gurauan yang boleh dipandang remeh dan ibu bapa perlu memantau aktiviti anak. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button