Nasional

Ahli Parlimen Sarikei masuk hospital sebagai pesakit Covid-19

SIBU: Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu daripada DAP dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) bagi Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing ketika dihubungi mengesahkan bahawa Wong dimasukkan ke hospital sebagai PUI.

Wong, yang masih ditahan di hospital, dikatakan menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur dari 29 Feb hingga minggu lepas susulan kemelut politik yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew ketika dihubungi berkata “beliau bukanlah dimasukkan ke hospital kerana Covid-19, sebaliknya radang paru-paru. Hospital kini menahannya sebagai PUI.”

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button