Bola SepakSukan

ADUN Melalap letak jawatan Presiden Safa

MUNGKIN memikirkan parti yang diwakilinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak sehaluan dengan Kerajaan Negeri yang baharu bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

Justeru, perletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) dilihat jalan terbaik untuk memastikan kemajuan organisasi sukan itu tidak terjejas.

Bagaimanapun, langkah sedemikian wajar diambil demi memastikan tiada pelbagai masalah timbul terutama hal berkaitan bayaran gaji pemain dan sebagainya.

“Dengan semua yang sedang berlaku termasuk kesibukan saya dalam urusan politik, saya rasa perlu berehat buat sementara waktu.

“Oleh itu, saya mahu umumkan peletakan jawatan sebagai presiden SAFA berkuatkuasa serta-merta hari ini (semalam).”

Demikian kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Peter Anthony seperti dipetik laporan portal Free Malaysia Today malam tadi.

Peter dilapor berbuat demikian selepas partinya iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan) gagal mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Neger (PRN) Sabah sabtu lalu.

Sebelum meletakkan jawatan, Peter sebelum ini memegang kerusi nombor satu persatuan bola sepak negeri itu sejak hujung 2018.

Antara kejayaannya dalam Safa adalah berjaya membawa keluar persatuan itu keluar daripada kemelut hutang jutaan ringgit yang membebaninya.

Ia sekali gus memberi nafas baharu kepada Safa apabila kejayaan demi kejayaan dikecapi termasuklah menjuarai Liga Perdana 2019.

Kejayaan itu juga memberi peluang kepada Sabah untuk beraksi dalam Liga Super pada musim kali ini.

“Krisis Covid-19 sejak Mac tahun ini telah menjejaskan perancangan kita untuk pembangunan Safa kerana saingan untuk skuad bawah 21 (Piala Presiden) dan bawah 19 tahun (Piala Belia) dibatalkan.

“Begitu dengan pembentukan pasukan senior, bukan mudah untuk bangkit selepas setengah tahun saingan Liga Super berehat tetapi Sabah sudah kembali dengan kemenangan 3-2 ke atas Melaka United di Stadium Likas, malam tadi.

“Saya telah cuba lakukan yang terbaik dan termampu. Saya harap Safa akan terus maju jaya di bawah presiden baru selepas ini,” katanya.

Beliau juga dilihat berharap penggantinya akan meningkatkan prestasi bola sepak negeri dan pentadbiran Safa. – SM

Terdahulu, dalam PRN Sabah, Warisan yang bersama Warisan Plus sekadar meraih 29 kerusi berbanding Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 38.

Bagaimanapun, Peter berjaya memenangi DUN Melalap menewaskan beberapa calon lain termasuk Jamawi Jaafar dari Barisan Nasional (BN). – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button