Politik

PRN Sabah: Kempen Warisan satu kesilapan

PARTI Warisan Sabah (Warisan) yang dipelopori oleh anak watan Sabah secara keseluruhan disifatkan gagal dalam memahami keunikan negeri itu.

Ini kerana keunikan Sabah adalah politik mikro mereka dan perlu diberi perhatian adalah tumpuan kepada kawasan-kawasan lebih kecil.

Justeru, Warisan dikatakan gagal dalam kempen propagandanya yang dibuat secara seperti ‘pukul-rata’ dengan poster-poster besar.

Kempen sedemikian tidak berjaya sampai kepada kumpulan-kumpulan lebih kecil yang banyak di negeri itu.

Sedangkan, hakikat sebenar yang timbul adalah kemaslahatan dihadapi penduduk di Sana dalam kelompok-kelompok kecil.

Oleh demikian, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menganggap hal itu sebagai peluang untuk mereka.

“Seperti yang saya sebutkan dalam tulisan sebelum ini, agar jangan ambil mudah kempen ‘Ubah Balik’ melawan billboard besar wajah Shafie yang terpampang di serata tempat di bumi Sabah.

“Kempen-kempen yang dilaksanakan oleh BN, PN dan PBS pula tertumpu di setiap kawasan tanpa kemeriahan poster dan billboard.

“Cuma adalah di beberapa tempat gambar “Abah” yang terpampang.

“Dan GRS tidak digembar-gemburkan secara besar-besaran. Mereka menggerakkan jentera dengan baik tanpa bercakap banyak kepada media.

“Ini kerana mereka sedar bahawa Sabah adalah sebuah negeri yang sangat unik dengan kedudukan etnik dan sub-etnik.

“Maka tumpuan kempen adalah perlu dilakukan benar-benar fokus di setiap kawasan.”

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang mendakwa kekalahan Warisan adalah disebabkan pengkhianatan rakan-rakan mereka.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini turut mendakwa, sentimen maruah seperti ‘lompat katak’ akhirnya ‘makan tuan’.

Kerana Warisan dahulu wujud bukanlah atas dasar pilihan rakyat, sebaliknya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) parti itu hanya dapat bentuk kerajaan apabila beberapa wakil rakyat BN lompat parti menyokongnya.

Oleh demikian, sentimen sedemikian juga dipercayai menjadi alasan bagi rakyat Sabah untuk tidak memilih Warisan sebagai kerajaan negeri.

Ini termasuklah, kempen berapi-api Warisan mungkin membuatkan rakyat Sabah muak dan mahu parti yang benar-benar membawa isu rakyat akhirnya dipilih.

“Secara umum, semasa kempen kita menyaksikan gelombang kebangkitan Warisan plus pimpinan Shafie (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal) sehingga kelihatan parti-parti BN, PN, PBS dan lain-lain tidak ada tandingan.

“Melihat kepada ucapan berapi-api Shafie menentang kerajaan Putrajaya dan pemimpin-pemimpin kerajaan PN, seperti menyentuh sumbu-sumbu api untuk membakar.

“Seperti dalam kebanyakan analisis keputusan ini suatu yang mengejutkan apabila PRN Sabah memihak kepada GRS.

“Secara luarannya ramai yang beranggapan Warisan yang menguasai kempen dan mood sepanjang tempoh pilihanraya.

“Menuduh Putrajaya secara langsung atas segala masalah yang berlaku di Sabah sudah tidak lagi dapat mempengaruhi secara total imaginasi rakyat Sabah.

“Manakala pihak parti-parti BN, PN dan PBS lebih menumpukan kepada pembangunan dan mencari jalan untuk terus menjalin hubungan antara Sabah dan Persekutuan,” jelasnya.

Terdahulu, GRS berjaya memenangi 38 kerusi walaupun komponennya menggunakan bendera masing-masing.

Sementara Warisan pula berjaya mendapat 29 kerusi, bagaimanapun komponennya yang menggunakan bendera PKR hanya memenangi satu kawasan dan Amanah tiada. – SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button