Berita

Acara hiburan ditangguhkan menghormati Allahyarham Taib Mahmud

SEBAGAI menghormati pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, bendera gergasi Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi dikibarkan separuh tiang.

Menurut Bernama, bendera yang dipasang pada tiang setinggi 99 meter itu sudah dikibarkan separuh tiang seperti diarahkan Kerajaan Sarawak hari ini, pukul 9 pagi lagi.

Kerajaan Sarawak juga mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini hingga esok dan acara hiburan juga ditangguhkan

Allahyarham meninggal dunia pagi tadi di usia 87 tahun, akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir.


Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.

Sebelum ini, Abdul Taib merupakan satu-satunya figura politik era penubuhan Malaysia yang masih hidup dan pernah berada dalam Kabinet Sarawak yang ditubuhkan pada 22 Julai 1963. – SM

BACA Raja Muda Perlis berangkat beri penghormatan terakhir Allahyarham Abdul Taib

BACA Politik Sarawak bergolak. 23 Wakil Rakyat PBB bakal lompat parti?

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button