Nasional

Raja Muda Perlis berangkat beri penghormatan terakhir Allahyarham Abdul Taib

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara Kuala Lumpur.

Menyambut keberangkatan tiba Baginda ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Jenazah Allahyarham turut diiringi isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan anakanda, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib serta ahli keluarga terdekat yang lain.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia pada 4.40 pagi tadi selepas menerima rawatan selama kira-kira seminggu di salah sebuah hospital di ibunegara.

Terdahulu daripada itu Baginda
berangkat bagi mewakili Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menghadiri mesyuarat Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu kali yang ke 265 di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara Kuala Lumpur.

Persidangan kali ini dipengerusikan mengikut gilirannya oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhun Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Terdahulu, sebelum mempengerusikan mesyuarat tersebut, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyempurnakan tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di Dataran Utama Istana.

(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button