Perintah berkurung: Pekerja seksual di Malawi bengang
SEBILANGAN rakyat di negara Malawi yang bekerja dalam bidang prostitution tidak berpuas hati dengan pelaksanaan perintah berkurung di negara mereka.
Ini kerana, penguatkuasaan perintah itu menyebabkan golongan seperti mereka sering menjadi sasaran pihak berkuasa seperti polis untuk melakukan kekerasan.
Faktor kepada masalah itu adalah kerana pekerja seksual di sana sering dianggap akan melanggar perintah berkurung bagi menawarkan perkhidmatan mereka.
Malawi sebelum ini menguatkuasakan perintah berkurung bermula pukul 5 pagi sehingga 8 malam dan orang awam tidak dibenarkan untuk bersosial antara pukul 9 hingga 5 pagi.
Penguatkuasaan itu adalah untuk mengurangkan risiko penularan wabak pandemik Koronavirus (Covid-19) apabila negara terbabit mencatatkan 21,660 jumlah kes dan 13,646 masih aktif.
“Disebabkan undang-undang baharu Covid-19, pihak polis selalu mengambil kesempatan, datang dan ketuk pintu bilik dan memukul kami.
“Tak ada pula kami dengar pihak polis pergi ketuk pintu rumah pasangan yang sudah berkahwin dan memukul mereka.
“Sebab mereka tahu kami semua ada dalam bilik yang mereka ketuk.
“Ada kawan yang terpaksa menahan sakit.”
Kata Zienani Majawa, yang merupakan Penyelaras Kebangsaan Persatuan Pekerja Seksual Wanita (FSWA), kepada portal berita The Guardian.
Tambahnya, langkah pencegahan Covid-19 sepatutnya tidak boleh melangkaui hak asasi manusia.
Oleh demikian, beliau memaklumkan FSWA menfailkan satu petisyen kepada kerajaan untuk mlanjutkan operasi bar sehingga tengah malam dan dibuka pada hujung minggu.
“Perniagaan tidak berjalan ketika semua pelanggan kami tak ada.
“Kami rasa, pekerjaan seksual tetap satu pekerjaan. Kami pun ada komitment dan perlu bayar bil dan menyara hidup hasil daripada pekerjaan ini.
“Kami pun hantar anak ke sekolah dengan hasil daripada pekerjaan ini.
“Kami perasan, tempat berhimpun lain seperti gereja kekal dibuka pada waktu seperti biasa tetapi dengan langkah pencegahan tertentu.
“Jadi, kami rasa didiskriminasi, kami mohon supaya melonggarkan peraturan dan benarkan kami berniaga seperti biasa dan dalam masa sama turut mengambil langkah pencegahan,” jelasnya.
Tambahnya, ada juga pekerja seksual yang sakit dan mereka perlu makan terlebih dahulu sebelum mengambil ubat HIV atau Aids.
“Mereka mungkin mati kerana kelaparan,” katanya. – SM