PRK

Calon Likas MCA kutuk amalan politik kotor sebar gambar bogel

Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Likas, Dr Chang Kee Ying mengutuk taktik amalan politik kotor pada pilihan raya negeri Sabah dengan menyebarkan gambar-gambar bogel yang didakwa dirinya.

“Bagi calon (seperti saya) yang cuba lakukan perubahan dan memodenkan arena politik kita, ini satu perkara yang menyedihkan apabila melihat gambar bogel palsu atau yang telah diubah tular di media sosial.

“Saya merayu kepada semua rakyat, tidak kira apa pun pendirian politik mereka, supaya henti menyebarkannya, dan membantah sekeras-kerasnya taktik sedemikian,” kata Chang dalam satu kenyataan semalam.

Calon MCA berusia 32 tahun itu berkata jentera kempennya juga telah melaporkan hal tersebut kepada pihak polis di Kota Kinabalu.

“Media sosial merupakan satu platform yang berguna di mana maklumat dapat disebarkan secara meluas dengan mudah dan cepat.

“Bagaimanapun, apa yang menyedihkan, pesaing-pesaing utama saya dalam kempen PRN kali ini memilih untuk menyebarkan gambar palsu sebegitu dan secara tidak langsung memperbodohkan rakyat,” kata Chang yang menggambarkan tindakan itu sebagai satu kempen mencemarkan imejnya dan BN.

Likas adalah kawasan majoriti Cina dengan bilangan 15,000 pengundi.

Chang berdepan dalam pertembungan lima penjuru menentang Warisan, Usno, PGRS dan Parti Cinta Sabah.

Hari berkempen bermula pada 12 Sept dan hari pemilihan jatuh pada 26 Sept. Sebanyak 73 kerusi dipertandingkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button