Sukan

Azizulhasni tamat saingan di tempat keenam

JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menamatkan perlumbaan di tempat keenam dalam acara keirin pada siri ketiga Piala Dunia di Hong Kong, malam ini.

Pelumba, yang diberi gelaran ‘The Pocket Rocketman’, yang mendahului saingan kedua pusingan separuh akhir itu mencatatkan 10.531 saat (s) pada final di Velodrom Hong Kong.

Pada aksi final itu, acara diungguli pelumba New Zealand, Callum Saunders dengan catatan masa 10.199s diekori pelumba Great Britain, Jason Kenny, yang hanya ketinggalan 0.043s.

Pelumba Belanda, Buchli Matthijs, yang mewakili BEAT Cycling Club berada di tempat ketiga dengan catatan masa 10.257s.

Terdahulu, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu merekod 9.948s untuk mengungguli kedudukan saingan kedua pusingan pertama sekali gus mara ke separuh akhir.- BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button