Nasional

56 penunggang basikal maut sejak Januari hingga Oktober lalu

Sebanyak 56 kematian dicatatkan daripada 137 kes kemalangan melibatkan penunggang basikal sejak Januari hingga Oktober lalu.

Daripada jumlah itu juga, 18 daripadanya telah mengalami cedera parah manakala 63 dilaporkan cedera ringan.

Statistik itu dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Dan Pengkuatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias hari ini.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu juga, sebanyak 201 kes melibatkan penunggang basikal telah dilaporkan dengan jumlah kematian sebanyak 107 kes.

“Selain kematian, 35 mengalami kecederaan parah manakala 59 dilaporkan cedera ringan.

“Memang tiada larangan bagi aktiviti berbasikal di jalan raya tetapi penunggang basikal perlu sentiasa patuh kepada undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, penunggang basikal yang ingkar pada undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Jelasnya, mereka yang memandu secara melulu boleh didakwa di bawah Seksyen 54(1) APJ 1987 iaitu denda atau penjara tidak lebih setahun.

“Mereka yang tidak patut pada papan tanda yang melarakan aktiviti berbasikal di lebuh raya pula boleh didakwa di bawah Seksyen 79(2) APJ 1987.

“Selain itu, basikal yang tidak memasang lampu depan serta belakang pula boleh didakwa di bawah Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang boleh didenda atau dipenjara tidak lebih enam bulan.

“Menunggang basikal tanpa brek atau loceng dan tidak mengayuh dalam satu deretan juga boleh didakwa di bawah Kedah 42 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang membawa hukuman sama,” katanya.

Dalam pada itu, Azisman berkta, pihaknya menasihatkan penunggang basikal supaya memilik lokasi dan masa yang sesuatu untuk menjalakan aktiviti mereka.

Tambahnya, penunggang basikal juga disarankan mengelak waktu puncah ketika pergi dan balik kerja serta menggunakan peralatan yang sepatutnya untuk membawa basikal dengan menggunakan kenderaan. -SM

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button