Nasional

Polis kesan segelintir penunggang basikal tidak patuh SOP

Masih terdapat segelintir penunggang basikal yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan beriadah secara berkumpulan di sekitar ibu negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata polis mengesan kegiatan individu yang menunggang basikal di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Ampang dan Jalan Merbok dan tindakan mereka itu boleh dikompaun kerana gagal mematuhi SOP mencegah penularan COVID-19.

“Kayuhan berkumpulan adalah tidak dibenarkan sama sekali walaupun keluar dari rumah berseorangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, katanya setakat ini polis belum mengeluarkan sebarang kompaun kepada penunggang basikal yang didapati tidak patuh SOP ketika beriadah.

“Buat masa ini, kami melakukan pemantauan terhadap pelanggaran SOP itu dan jika masih berterusan tindakan kompaun akan dikenakan,” katanya.


(Visited 246 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button