Sukan

Pilih jenis basikal yang sesuai dengan saiz ketinggian

RAMAI kini memilih melakukan aktiviti berbasikal untuk mengekalkan kecergasan tubuh. Sukan ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu, aktiviti ini memberi manfaat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan.

Jika dilakukan secara konsisten dengan cara yang betul berat badan boleh turun dengan masa yang lebih singkat disamping meningkatkan stamina.

Malah dengan mengayuh basikal, ia merupakan cara yang berkesan untuk membakar kalori dan membantu meningkatkan tahap kesihatan serta kekuatan fizikal tanpa perlu menyekat diet pemakanan harian kita.

Seperti semua jenis sukan yang lain, sebelum berkayuh kita perlu malakukan aktiviti pemanasan badan sekitar 15 minit. Pemanasan badan ini penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan merangsang otot untuk sedia mengayuh basikal anda.

Begitu juga selepas mengayuh, anda dinasihatkan melakukan aktiviti penyejukan badan seperti melakukan kayuhan ringan sekitar 15 minit bagi membantu merehatkan otot badan.

Terdapat 3 jenis basikal yang biasa digunakan dalam aktiviti basikal:

  1. Basikal Jalanan (Road Bike)

Basikal jenis ini hanya boleh digunakan di jalan raya. Ia sangat ringan dan mempunyai tayar yang agak nipis direka khusus untuk menyusur di jalan raya. Boleh dikatakan basikal jenis ini berteknologi tinggi kerana sering berubah mengikut peredaran zaman terhadap aerodinamik dan jenis material yang digunakan dalam proses pembinaannya.

Mungkin juga itu menjadi punca basikal jenis ini mahal harganya. Namun kepuasan menunggang basikal jalanan ini akan dirasakan jika anda berkayuh untuk suatu jarak yang jauh sekitara 80km ke atas.

2. Basikal Gunung (Mountain Bike – MTB)

Basikal jenis ini pula sesuai untuk kayuhan di atas jalan biasa. Ia juga merupakan basikal pelbagai guna kerana boleh menyusur di laluan lereng bukit, gunung, sungai, jalan hutan dan taman perumahan. MTB ini terbahagi kepada dua;

i. Hard Tail – mempunyai suspense hanya di bahagian hadapan (fork) dan tidak di bahagian belakang. Biasanya digunakan untuk memanjat bukit dan offroad yang tidak mencabar.

ii. Soft Tail – mempunyai suspensi dibahagian hadapan dan belakang. MTB jenis ini biasa digunakan ketika menuruni bukit yang mencabar.

3. Basikal Touring (Touring Bike)

Basikal jenis ini biasanya digunakan oleh pelancong melawat sesuatu tempat ke tempat yang lain. Basikal jenis ini mempunyai ruang untuk meletakan beg dan mengayuh dengan santai.

Apabila sudah bertekad untu mula mengayuh, cuba pelajari Teknik yang betul. Ini kerana dengan Teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kecederaan dan kayuhan akan libih berkesan. Teknik yang salah boleh menyebabkan otot menjadi lenguh dan prestasi akan menurun.

Gunakan gear yang palingberat dan berkayuh secara agaj perlahan sekitar 50 ke 60 rpm. Keadaan ini akan membuatkan anda menggunakan semua otot untuk mengekalkan corak pusingan kayuhan di samping menggunakan tenaga yang bersesuaian untuk mengekalkan momentum kayuhan tersebut.

Kemudian cuba kayuhan dengan gear yang lebih ringan dan pusingkan pedal selaju yang mampu antara 100 ke 150 rpm tanpa mersa terlambung-lambung. Ini akan memperbaiki pusingan kayuhan anda supaya lebih sempurna.

Memilih jenis basikal yang sesuai

Memilih basikal bukan upama membeli bola di kedai sukan. Pembelian basikal perlu bersesuaian dengan mengambil kira saiz tubuh si penungang. Setiap basikal mempunyai saiz yang dikira dalam inci iaitu:

Saiz XS (13inci hinggi 14inci)

Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 152cm hingga 162cm

 

Saiz S (14inci hingga 16inci)

Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 162cm hingga 173cm

 

Saiz M (16inci hingga 18inci)

Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 173cm hingga 178cm

 

Saiz L (18inci hingga 20inci)

Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 178cm hingga 185cm

 

Saiz XL (20inci hingga 22inci)

Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 185cm

 

Namun ini hanya panduan sahaja kerana bentuk tubuh manusia tidak sama. Apa yang penting sebelum membeli perlu cuba dengan mengayuh basikal tersebut terlebih dahulu. Bincang dengan mereka yang pakar kerana jika anda tersilap membeli basikal yang tidak deduai dengan tubuh ia akan memudahkan lagi kecederaan berlaku kepada anda ketika melakukan aktiviti tersebut. – SM

(Visited 1,637 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button