Hiburan

Sumbang jaket ais, IU dipuji ramai termasuk Presiden Korea

SEBELUM ini, bintang muzik pop Korea Selatan, IU didedahkan telah menyumbang jaket ais untuk digunakan pasukan kesihatan yang sedang bertarung menentang Covid-19 di negara itu.

Terbaharu, satu status berunsur pujian telah dimuatnaik oleh beberapa jururawat di akaun media sosial mereka dengan ucapan terima kasih kepada IU.

Kebanyakan jururawat yang memuatnaik gambar jaket ais tersebut memberitahu yang mereka kini boleh bekerja dengan selesa walaupun berada di bawah panas terik.

“Bantuan yang diberikan IU sangat diperlukan oleh jururawat terutamanya mereka yang perlu bekerja di luar bangunan,” kata seorang pengguna media sosial.

BACA> Dokumentari Kanzun tonjolkan tokoh ulama wanita tempatan

Bulan lalu, Persatuan Jururawat Korea (KNA) mendedahkan yang IU menyumbangkan 4,600 jaket ais dengan nilai keseluruhan berjumlah RM349,000.

Rata-rata netizen juga menganggap bahawa apa yang IU lakukan itu adalah fungsi sebenar seorang ‘influencer’ untuk mempengaruhi orang ramai dan peminat dengan cara positif.

Apa yang dilakukan IU juga mendapat perhatian Presiden Korea Selatan, Moon Jae In yang memuji tindakan penyanyi itu.

Jaket sumbangan IU yang digunakan jururawat di Korea Selatan.

“Saya dengar yang penyanyi IU telah menyumbangkan jaket ais kepada jururawat.

“Saya ingin mengingatkan kepada jururawat supaya teruskan berjuang dan jangan lupa, seluruh rakyat akan sentiasa bersama di sisi anda,” katanya.

Korea Selatan kini sedang berhadapan dengan situasi genting selepas mencatatkan lebih 20,000 kes pada semalam dengan peningkatan pesakit kritikal selepas gelombang kedua jangkitan melanda ibu negara itu dan kawasan sekitar, kira-kira tujuh bulan selepas kes pertama dilaporkan.

BACA> Pusat tahfiz dirobohkan bukan sebab politik – Aaron Aziz

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (DCD) Korea Selatan melaporkan, kes baharu harian mencecah 235, meningkatkan jumlah kes keseluruhan kepada 20,182 pada tengah malam semalam termasuk 13 kes import. -SM

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button