Siapa `makan cili, pasti terasa pedasnya?
Komentar
ELOK sangat Pak-Pak Menteri kerajaan sedia ada renung kembali kata-kata hikmah dari golongan cerdik pandai sebagai panduan untuk memperbaiki diri.
Banyak peribahasa atau pepatah Melayu lama boleh dijadikan rujukan.
Dalam menyorot senario politik semasa tanah air hari ini, Suara Merdeka perturunkan mesej penuh bermakna pernah diungkapkan oleh individu atau pemimpin tersohor berikut.
Siapa dalam kalangan Pak Menteri yang ‘makan cili, dia pasti terasa pedasnya’:
* Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah
apa-apa yang boleh kamu buat untuk negara.
–Abraham Lincoln
* Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya.
– Stahl P.J
* Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi – Confucius
* Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
-La Roche
*Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadab
-Al-Ghazali Bayruni
* Sesungguhnya seorang hamba itu apabila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan
Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik dalam kalangan kamu, maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”
-Saidina Abu Bakar
* Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
—Samuel Johnson
* Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
-Lao Tze
* Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia
– Richard Brinsley Sheridan
* Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai orang tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak mempercayai orang
-Frank Crane
* Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah
-T.S Matthews
* Jikalau satu-satunya yang ada hanyalah tukul,
maka semua masalah akan dilihat seperti paku
-Maslow
* Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat
-Beng Tju
– SUARA MERDEKA