Rencana

Apa jadi jika barisan hadapan angkat bendera putih?

Selepas 10 bulan berjuang

ulama

RAKYAT Malaysia keseluruhannya sudah faham apa yang perlu dilakukan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Dua perkara yang menjadi asas ialah memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Namun ada juga yang mencuba nasib dengan berlagak berani dengan tidak melaksanakan apa yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Ada yang berlagak berani menganggap ini hanya demam selesema biasa dan dia mampu melawannya jika dijangkiti.

Ada juga yang meletakkan hal lain lebih penting daripada mencegah jangkitan wabak pandemik ini.

Dr. Noor Hisham
Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah buat kesekian kali menyeru orang ramai supaya bersama-sama memerangi wabak ini.

Dalam hantaran ke twitter beliau menyatakan barisan hadapan telah bertungkus-lumus selama 10 bulan melawan wabak ini.

Ramai yang telah keletihan dari segi mental dan fizikal. Ada yang mulai putus asas.

Beliau juga meminta semua pihak belajar daripada apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang menyebabkan tercetus gelombang ketiga Covid-19 di negara ini.

Negara kita yang mendapat pujian dunia dalam menangani wabak ini, kini turut tercebur ke dalam kekalutan.

Apa akan jadi negara ini jika barisan hadapan juga putus asa, sedangkan kita tidak boleh tewas dalam perjuangan ini.

Majoriti rakyat marah kepada orang politik yang mabuk kuasa dan tidak pernah belajar dan mahu berhenti daripada percaturan politik yang jelek.

Mereka sanggup mengorbankan orang di sekeliling demi terus berpegang kepada kuasa.

Sedangkan kuasa itu diberikan oleh rakyat untuk menjaga negara ini dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Jika terbukti gagal, turunlah, letaklah jawatan dengan cara terhormat. Harus ada rasa sedikit malu kepada diri sendiri. Tetapi itulah orang politik kebanyakan mereka tidak mempunyai rasa simpati dan empati kepada rakyat.

Yang ada hanya sifat munafik yang dimurnikan dengan berpaksi kepada perjuangan hak asasi manusia dan kepentingan rakyat.

Sedangkan puluhan tahun berkuasa mereka hanya membina empayar sendiri dan setelah gunung kekayaan dicipta mereka tidak pernah puas dan mahu terus dan lebih mewah.

Jika diukur skala orang marhain sudah cukup untuk mereka hidup tujuh keturunan, tetapi itu tidak cukup.

Rakyat yang tujuh hari sudah tidak makan dengan sempurna tiada di dalam radar mata hati mereka, yang ada hanya gemilau kekuasaan yang membuat hati mereka galau.

Tidak perlulah menelantarkan negara ini dengan mengisytiharkan darurat, semata-mata mahu mengekalkan kekuasaan yang semakin hari semakin terlucut dari genggaman.

Jangan berbohong dengan alasan pandemik wabak digunakan kerana rakyat tahu apa yang ada dalam fikiran anda semua.

Janganlah sampai kerajaan yang paling disukai beberapa bulan dahulu, menjadi kerajaan yang paling dibenci.

BADI NAJIB

Belajarlah daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas kehilangan kerajaan beliau menerima dan berlapang dada walaupun difitnah dengan pelbagai cara oleh pelbagai pihak.

Sedangkan beliau boleh sahaja menjerumuskan negara ke dalam kancah darurat tempoh hari apabila kalah pada pilihan tahun 2018.

Beliau tidak berbuat demikian dan kini dia kembali dikasihi rakyat dan hidup beliau lebih tenteram dan damai.

Beliau tetap menjadi rujukan orang politik serta masyarakat dalam merungkai pelbagai permasalahan termasuk isu ekonomi, politik dan kemasyarakatan.

Rumah beliau yang pernah diserbu gerombolan polis, kini menjadi tempat rakyat mengadu pelbagai masalah.

Beliau sendiri mempunyai banyak masa untuk mendampingi rakyat dan rakyat kini lebih mengenali hati budi beliau sebagai pemimpin yang sebenar.

Beliau tidak pernah mengasingkan diri selepas kehilangan kedudukan dan pangkat, tetapi terus merangkul rakyat dan beliau diterima dengan cara tersendiri.

Moga orang politik khususnya kepimpinan negara ini diberi hidayah dan pedoman dalam situasi getir ini. –

https://twitter.com/DGHisham/status/1319790289653882881/photo/1

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button