Hina Dewa Hindu, Blackpink sunting semula muzik video
Kemunculan semula kumpulan K-Pop, Blackpink menerusi single terbaharu mereka yang berjudul How You Like That boleh dianggap sebagai sesuatu yang sangat memukau.
Video klip itu yang membuat tayangan perdana di YouTube telah mencatat jumlah 1.65 tontonan secara serentak di seluruh dunia.
Malah, lagu tersebut juga berjaya memecahkan rekod jumlah tontonan paling tinggi dalam masa 24 jam iaitu sebanyak 82.4 juta.
Angka tersebut telah menewaskan lagu Boy With Luv dendangan BTS yang menduduki tempat pertama sejak April tahun lalu dengan jumlah tontonan sebanyak 74.6 juta.
Namun, disebalik semua kejayaan lagu How You Like That, terdapat kontroversi dalam muzik video tersebut hingga mendapat kecaman penonton yang beragama Hindu.
BACA> Pondok kecil di pinggir hutan Batu 12 Gombak, syurga To’ki dan isteri
Terdapat satu babak dalam muzik video itu didakwa mempermainkan patung dewa Hindu, Ganesha yang dijadikan sebagai prop.
Hal tersebut telah mencetuskan kekecohan apabila peminat di negara India menuntut kumpulan itu memohon maaf kerana dalam video tersebut.
Petisyen itu turut menjadi trending di laman Twitter dan diperdebatkan oleh netizen.
YG Entertainment selaku pihak pengurusan Blackpink lantas mengambil tindakan pantas untuk menyunting semula babak tersebut bagi mengelak isu sensitif itu berlanjutan.
BACA> Macau Scam: Warga emas rugi RM3.8 juta
Menurut portal Allkpop, peminat Blackpink yang digelar Blink turut menyatakan penghargaan kepada kumpulan itu serta agensi pengurusan mereka yang segera melakukan tindakan selepas ditegur. –SM