Jenayah

RM3 juta pasangan pempegaruh kutip derma sejak tahun 2020

DIANGGARKAN mencecah RM3 juta pasangan suami isteri yang baru sahaja di reman disyaki terbabit dalam dana derma dari orang ramai sejak tahun 2020.

Memetik laporan Berita Harian, pasangan pempegaruh media sosial itu kini ditahan reman selam 4 hari bagi membantu siasatan.

“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal,” katanya.

Menurut sumber itu, dua suspek lain turut ditahan bersama pasangan suami isteri itu kerana disyaki terbabit dalam kes sama.

Pasangan suami isteri bersama dua lelaki itu berusia antara 20 hingga 30-an kini di reman empat hari hingga Ahad bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Terdahulu, mereka ditahan antara jam 6.30 petang hingga 11 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Artikle Berkaitan :>

SPRM mohon perintah reman terhadap pasangan pempengaruh kerana tipu duit derma

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button