Acara

Perbarisan ulang tahun Askar Wataniah berlangsung gilang gemilang

Majlis Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun Askar Wataniah (HUT AW) Ke-66 berlangsung penuh gilang gemilang di Padang Kawad Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Padang Besar hari ini.

Pemangku Raja Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis tersebut

Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail disambut oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS), Mejar Jeneral Abdul Rahman A Wahab.

Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi dan Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia (AKS CSM), Mejar Jeneral Datuk Norsham Md Tap.

Acara perbarisan ini merupakan kemuncak bagi sambutan Hari Ulangtahun Askar Wataniah Ke-66 Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung bermula 28 dan berakhir pada 30 Jun 2024 di negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berkenan untuk menyempurnakan acara Pemeriksaan Perbarisan penuh bergaya serta menyaksikan Tadbir Sumpah Anggota Sukarela ke Angkatan Tetap dan juga Pemakaian Beret.

Acara tersebut melibatkan 390 Anggota Sukarela yang telah dengan jayanya diserap dan akan bertugas sebagai Anggota Sepenuh Masa.

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button