NasionalNegeri

Perlis negeri pertama buat pemilihan Pengerusi JPKKP

PERLIS menjadi negeri pertama melaksanakan pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Rozabil Abd Rahman

Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, perkara ini telah dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita semua gembira hari ini kerana Presiden UMNO bersetuju maka akan melaksanakan pemilihan ini secepat yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan tertutup UMNO Perlis bersama Ahmad Zahid.

Sebelum itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Negeri Perlis anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Perlis di Pusat Kegiatan KEMAS Simpang Empat.

Sehubungan itu, katanya ketiga Ketua UMNO bahagian iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar bersama dengan wakil gabungan Kerajaan Perpaduan akan berbincang mengenai kriteria bagi pemilihan Pengerusi JPKKP.

Beliau berkata, pelantikan Pengerusi JPKKP juga nanti akan mewakili setiap cawangan UMNO.

Katanya, fungsi JPKKP juga sama seperti yang lepas.

“Sudah tentu kita hendak melihat kebajikan masayarat setempat dan juga Pengerusi JPKKP.

Menyentuh tentang elaun, katanya, harapan itu ada tetapi jumlahnya itu terserah kepada kerajaan Persekutuan.

Rozabil berkata, peranan JPKKP juga tidak akan bertindan dengan Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) yang dibawah kerajaan negeri.

Pada Januari lalu, Ahmad Zahid mengumumkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan ditubuhkan di negeri sealiran Kerajaan Persekutuan manakala JPKKP pula bagi negeri yang tidak sealiran dengan kerajaan. – SM

BACA KKDW fokus tangani kemiskinan bandar dan tingkatkan kebolehpasaran produk pendidikannya

BACA Agensi KPLB siap sedia hadapi musim Monsun

BACA KPLB salur RM176 juta bayar elaun JPKK, JPKKP

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button