Nasional

Pemilik Kelab Komedi lakukan percubaan kedua batalkan tuduhan jenayah siber

PEMILIK Kelab Komedi Crackhouse Rizal Van Geyzel memfailkan surat representasi lain kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam percubaan kedua untuk membatalkan pertuduhan jenayah sibernya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Aslinda Che Seman mengesahkan kepada hakim Mahkamah Sesyen Priscilla Hemamalini Nadarajan bahawa surat kedua telah diserahkan pagi ini.

Rizal atau nama sebenarnya Mohammad Rizal Johan Van Geyzel peguam, M. Pravin turut mengesahkan perkara itu, dan berkata mereka telah menyerahkan surat kedua itu susulan perkembangan baharu berkaitan kes itu.

Susulan itu, beliau telah meminta mahkamah mengosongkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 14 April, dan 2 hingga 3 Mei serta 22, sementara menunggu keputusan surat representasi kedua.

Beliau juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia akan mengemukakan permohonan pada minggu depan untuk mendapatkan pasport antarabangsa anak guamnya kerana Mohammad Rizal akan menunaikan umrah pada 15 hingga 29 Mei.

Pelawak berusia 40 tahun itu didakwa memuat naik video di tiga platform media sosial berbeza yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama antara 4 hingga 6 Julai lalu.

Mohammad Rizal didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim kemudiannya menetapkan 31 Mei untuk pihak pendakwaan mengemas kini keputusan surat representasi kedua, serta mengekalkan 1 dan 2 Jun sebagai tarikh perbicaraan, yang telah ditetapkan lebih awal.

Sebelum ini, AGC telah menolak representasi pertamanya yang dikemukakan kepada kamar pada 12 Disember tahun lepas.

Mohammad Rizal berdepan tiga pertuduhan menghantar kenyataan menghina menyentuh sensitiviti agama dan kaum. -SM

 

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button