EkonomiLuar Negara

52 negara terima pinjaman kecemasan IMF

SEBANYAK 52 negara dilaporkan menerima pinjaman Tabung Kewangan Dunia (IMF) bagi menghadapi kesan ekonomi akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).

Nigeria menjadi negara paling banyak menerima bantuan kredit daripada badan dunia itu berjumlah 3.4 bilion Dolar Amerika Syarikat (USD) atau RM14.7 bilion.

Sementara Pakistan pula negara kedua menerima pinjaman tertinggi iaitu 1.39 bilion USD (RM6.02 bilion).

IMF menyediakan bantuan kewangan kecemasan dan pelepasan hutang kepada semua 189 negara ahli menerusi pelbagai produk pinjaman seperti Kemudahan Kredit Pantas (RCF) dan Instrumen Kewangan Pantas (RFI).

Bagi pelepasan hutang, IMF meyediakan produk Amanah Pelepasan dan Bantuan Bencana (CCRT) yang sudahpun diterima oleh 26 buah negara.

BACA > TUDM hantar pulang 19 rakyat tempatan bebas COVID-19 — Suara Merdeka

Berikut adalah 52 negara yang menerima pinjaman kewangan kecemasan berjumlah 176.58 bilion USD (RM766.5 bilion). – SM

Bil. Negara Jumlah pinjaman (USD) Tarikh terima
1. Afghanistan 220 juta 29 April
2. Albania 190.5 juta 10 April
3. Bolivia 327 juta 17 April
4. Bosnia dan Herzegovina 361 juta 20 April
5. Burkina Faso 115.3 juta 14 April
6. Cabo Verde 32 juta 22 April
7. Cameroon 226 juta 4 Mei
8. Chad 115.1 juta 14 April
9. Costa Rica 508 juta 29 April
10. Djibouti 43.4 juta 8 Mei
11. Dominica 14 juta 28 April
12. Ecuador 643 juta 1 Mei
13. El Salvador 389 juta 14 April
14. Gabon 147 juta 9 April
15. Gambia 21.3 juta 15 April
16. Georgia 375.6 juta 1 Mei
17. Ghana 1 bilion 13 April
18. Grenada 22.4 juta 28 April
19. Haiti 111.6 juta 17 April
20. Ivory Coast 886.2 juta 17 April
21. Kenya 739 juta 6 Mei
22. Kesatuan Comoros 12.13 juta 22 April
23. Kosovo 56.5 juta 10 April
24. Malawi 91 juta 1 Mei
25. Maldives 28.9 juta 3 April
26. Mali 200 juta 30 April
27. Nepal 214 juta 6 Mei
28. Niger 114.49 juta 14 April
29. Nigeria 3.4 bilion 28 April
30. Pakistan 1.39 bilion 16 April
31. Panama 515 juta 15 April
32. Paraguay 274 juta 21 April
33. Republik Afrika Tengah 38 juta 20 April
34. Republik Demokoratik  Sao Taome dan Principe 12.29 juta 21 April
35. Republik Demokratik Congo 363.27 juta 22 April
36. Republik Dominican 650 juta 29 April
37. Republik Kyrgyz 242 juta 8 Mei
38. Republik Madagascar 165.99 juta 3 April
39. Republik Mauritania 130 juta 23 April
40. Republik Moldova 235.1 juta 17 April
41. Republik Mozambique 309 juta 24 April
42. Republik Persekutuan Ethiopia 411 juta 30 April
43. Republik Tajikistan 189.5 juta 6 Mei
44. Republik Utara Macedonia 191.83 juta 10 April
45. Rwanda 109.4 juta 2 April
46. Samoa 22.03 juta 24 April
47. Senegal 442.1 juta 13 April
48. Seychelles 31.23 juta 8 Mei
49. St. Lucia 29.2 juta 28 April
50. Togo 97.1 juta 3 April
51. Tunisia 745 juta 10 April
52. Uganda 491.5 juta 6 Mei
BACA > Tiga wakil rakyat Bersatu sertai Mara — Suara Merdeka

Sumber: IMF

(Visited 1,511 times, 4 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button