Nasional

3,260 mangsa dipindahkan akibat banjir di Pasir Mas pagi ini

JUMLAH mangsa banjir di Pasir Mas kekal 3,260 orang daripada 989 keluarga setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa banjir itu dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini.

Mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi yang kini menempatkan 590 mangsa daripada 108 keluarga, SK Gual To’Deh (792 mangsa daripada 258 keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa daripada 41 keluarga) dan SMK Baroh Pial (664 mangsa daripada 240 keluarga).

Tiga lagi di SK Kedai Tanjong (58 mangsa daripada 18 keluarga), SK Gual Periok (256 mangsa daripada 75 keluarga) dan Madrasah Tasek Bakong (82 mangsa daripada 23 keluarga).

Seramai 320 mangsa daripada 119 keluarga berlindung di PPS di Masjid Mukim Padang Licin, manakala di PPS di SK Sri Kiambang, terdapat 345 mangsa daripada 107 keluarga. – SM

Baca : Konvokesyen ke-25 UPSI jana pendapatan daerah Muallim dan Perak

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button