Nasional

15 wanita warga asing disyaki pelacur ditahan

SEBANYAK 15 wanita warga asing yang disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran ditahan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 2.03 pagi.

“Sebanyak 15 wanita warga asing berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan kerana disyaki menjadi pelacur.

“Turut ditahan ialah empat lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai menjadi penjaga premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gambar ihsan IPD Sentul

Menurut Eng Lai, siasatan awal mendapati premis tersebut berselindung di sebalik perniagaan pusat refleksologi.

Ujarnya, selain tangkapan, pihanya turut merampas wang tunai berjumlah RM2,500, kondom pelbagai jenama dan minyak pelincir.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan aktiviti pelacuran dan Seksyen 55B Akta Imigresen kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pelacuran boleh menghubungi Bili Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di tlian 03-21159999. -SM

(Visited 808 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button