Uncategorized

Kerajaan Perpaduan kukuh dengan kehadiran dua per tiga Ahli Parlimen – Anwar Ibrahim

GPS dan GRS sertai Kerajaan Perpaduan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Kerajaan Perpaduan yang akan dibentuk dapat diperkukuhkan dengan kekuatan penyertaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata, kedudukan Kerajaan Perpaduan ini kukuh dengan persetujuan Ketua Menteri Sabahj yang memaklumkan secara rasmi akan menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Datuk Hajiji, Ketua Menteri Sabah memaklumkan GRS secara rasmi akan sertai  Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar yang dilaksanakan secara maya atau dalam talian di Putrajaya, tengah hari tadi.

Anwar berkata, kemasukan GPS dari Sarawak dan sekarang, GPS dari Sabah maka aka nada dua per tiga Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan sekali gus, memperkukuhkan lagi kestabilan politik negara.

Kata Perdana Menteri lagi, beliau memberi tumpuan dan perhatian dalam kerja-kerja termasuk mengangkat dan mengukuhkan lagi ekonomi negara dan membela nasib rakyat.

Sementara itu, dari aspek pembentukan Kabinet, Anwar berkata, size Kabinet akan dikecilkan.

“Size Kabinet dikecilkan. Ahli Kabinet baharu harap bersetuju untuk dikurangkan gaji mereka. Tapi ini dalam proses perbincangan dan persiapan,” katanya sambil menambah, pembentukan Kabinet baharu akan dilakukan sesegera mungkin.

Jelas Perdana Menteri, “Kita kena faham bahawa rakyat perpaduan, seorang Perdana Menteri harus rujuk pada parti masing-masing dan dia akan usulkan nama. Harus diberikan pertimbangan sedemikian.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button