Nasional

Anwar memulakan hari pertama sebagai Perdana Menteri

DATUK Seri Anwar Ibrahim tiba di pejabat Perdana Menteri (PMO) pagi ini, Jumaat sehari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Istana Negara, petang semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas kad perakam waktu pada mesin elektronik pada hari pertama beliau memulakan tugas di pejabatnya di Perdana Putra hari ini. – Bernama

Beliau tiba di blok utama Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri dengan berbaju Melayu merah jambu dan berkopiah, melangkah masuk ke pejabatnya di Aras 5 pada kira-kira pukul 9.54 pagi.

Bersedia mengalu-alukan Perdana Menteri yang baharu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Turut hadir Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di hadapan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam, Khamis, 24 November.


Anwar Ibrahim akhirnya menjawat jawatan Perdana Menteri selepas berdekad, 24 tahun, menunggu. -SM

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button